Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 10 JUN 2025 : Sidang Majlis Penasihat Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) menjadi platform menyatukan pemikiran mengenai cara menangani masalah dadah dalam kalangan negara terlibat.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, perbincangan ini akan mengambil kira pendapat dan pengalaman negara terlibat sebelum memutuskan tindakan terbaik yang akan dilaksanakan di negara ini.
Beliau berkata penyalahgunaan dadah ini merupakan antara tiga fokus utama yang akan dibangkitkan dalam sidang ini selain jenayah siber dan pemerdagangan manusia.

“Ini juga menjadi satu debate yang sedang berlaku adakah kita harus melihat balik cara kita menyelesaikan masalah dengan menghantar mereka (penagih) ke penjara atau tali gantung walau kita dah mansuhkan hukuman mati mandatori tetapi kita masih perlukan feedback kerana nampak trend makin membimbangkan.
“Saya faham rakyat meminta Kerajaan mengambil tindakan lebih keras, tapi lebih keras tu apa dia? Kita dah buat undang-undang gantung, dah berapa ramai kita gantung tapi masalah tak selesai.
“Jadi kita harus ada pemikiran baru, atau bagaimana, dan ini yang akan dibincangkan dalam AIPACODD ini supaya kita dapat share experiences daripada Thailand, Kemboja, Vietnam, Singapura, Indonesia, dan negara-negara lain, akhirnya kita dapat satukan pemikiran ini dan sekaligus memohon kepada Kerajaan untuk bertindak seperti yang kita cadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Pembukaan Majlis Penasihat Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) Ke-8 di Hotel Zenith yang turut dihadiri, YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.
Menurut beliau, terdapat dua objektif utama yang menjadi fokus dalam persidangan kali kelapan ini iaitu melibatkan persefahaman berkenaan polisi serta cara penyelesaian bagi mengekang masalah daripada pelbagai isu baharu yang timbul.
“Pertama untuk memohon supaya kita ada satu understanding consensus, mungkin kita privatizekan beberapa, waaupun kita tak boleh capai semua tapi certain level tu kita understand supaya polisi-polisi, kita minta, longstanding, some are not done, some are not yet working, tapi kita mendesak supaya they take more active role in executing those policies.
“Kedua adalah fresh idea. Benda yang kita tak terfikir sebelum ini macam isu cyber crime, isu scammer, tiba-tiba jadi. Now ada online judi, yang operation bukan di Malaysia tapi di negara Asean yang lain, menggunakan rakyat Malaysia. Dan ini isu baru dan memerlukan cadangan-cadangan dan perundangan.
“Mungkin Singapura ada undang-undang menyelesaikan masalah scammer ini. Kita borrow dari parlimen yang lain. Jadi kita cuba emulate, cuba copy undang-undang yang mereka ada,” katanya.

Tambah beliau, isu penyalahgunaan dadah ini bukanlah satu isu yang baru tetapi ia perlu dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian kerana dikhuatiri masyarakat menormalisasikan masalah ini dalam kehidupan.
“Isu dadah ini ialah bukan isu baru tetapi kalau kita tak bincang, dia lagi hebat. Sebab itu kita kena bincang yang mana dalam perbincangan ini harus ada data. Bila ada data ni baru kita rasa takut, kalau tidak kita rasa benda ini benda yang lumrah.
“Ini yang kita tak nak orang normalize. Yang kita bimbang sekali, masyarakat merasakan drug ini benda biasa, normalize seperti yang berlaku di Amerika, di Philadelphia. Itu yang kita tak nak berlaku di sini. Drug ini bukan soal victim itu sahaja, tapi the while entire ecosystem tu rosak,” katanya. -PAHANGMEDIA

