Oleh : Fansurina Abdullah
KUANTAN, 25 OKTOBER 2023 : Lokomotif Diesel ECRL buatan CRRC Ziyang, China telah tiba secara berperingkat pada 21 hingga 23 Oktober lalu di Pelabuhan Kuantan bagi membantu kerja pembinaan Landasan ECRL terutamanya membabitkan pemasangan rel-rel ECRL.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sebanyak enam unit lokomotif sepanjang 22 meter bagi setiap unit ini telah berjaya dipindahkan ke depoh ECRL di Kuantan Port City sehingga kini.
“Untuk makluman, Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 52.64% manakala bagi Negeri Pahang (Infrastruktur Seksyen B & C) cecah 55.03% sehingga September 2023.

“Pembangunan projek ECRL dari Kota Bharu, hingga Terminal Bersepadu Gombak juga melalui Pahang dijangka siap pada Disember 2026, sekaligus akan membolehkan perkhidmatan ECRL beroperasi pada tahun 2027,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.
Jelasnya sehingga kini, pembinaan di Pahang untuk Infrastruktur seksyen B dan C sudah cecah 55.03 peratus sehingga September lalu.
Manakala pembangunan projek ECRL dari Kota Bharu, hingga Terminal Bersepadu Gombak juga melalui Pahang telah siap pada Disember 2022 dan dijangka perkhidmatan ECRL dapat beroperasi sepenuhnya pada 2027. – PAHANGMEDIA

