Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
KUANTAN, 25 JUN 2026 : Pahang muncul sebagai negeri yang menerima ketibaan pelancong domestik tertinggi di Malaysia pada tahun 2025 dengan merekodkan sebanyak 11.0 juta pelancong.
Menurut Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, jumlah pelawat domestik meningkat daripada 20.2 juta pada tahun 2024 kepada 23.3 juta pada tahun 2025, mencerminkan peningkatan yang positif dalam sektor pelancongan negeri.
Antara destinasi yang menjadi tumpuan utama pelawat domestik di Pahang ialah Genting Highlands, Cameron Highlands, East Coast Mall, Teluk Cempedak dan Kuantan City Mall.
Manakala dari segi kawasan pentadbiran yang menjadi tumpuan para pelawat domestik ialah Kuantan, Bentong, Cameron Highlands, Rompin dan Temerloh.
Peningkatan jumlah pelawat domestik bukan sahaja memperkukuh industri pelancongan negeri, malah turut memberi kesan positif kepada sektor perniagaan tempatan serta menjana peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. -PAHANGMEDIA

