KUANTAN, 30 SEPTEMBER 2025 : Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Penutupan Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge Pahang 2025, bertempat di Pantai Teluk Cempedak, di sini hari ini.
Pertandingan ini melibatkan hampir 100 peserta dari pelbagai negeri terdiri daripada tujuh kategori iaitu Beach Sprint, Beach Flag, Run-Swim Run, Rescue Tube Race, Surfboard Relay, Rib Race dan Ocean Endurance.
Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan mengurniakan hadiah bagi pemenang keseluruhan pertandingan di mana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia muncul sebagai johan.
Turut mengiringi keberangkatan Paduka Baginda ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -PAHANGMEDIA