Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 10 JULAI 2025 : Aspirasi Pahang 1st terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan generasi muda apabila ia dilihat mampu menyuntik semangat cintakan negeri serta membina jati diri rakyat Pahang, khususnya belia.
Menurut Adam Haris Azharul, 18, seorang pelajar dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), pengalaman beliau menyertai program ini dapat membuka matanya terhadap pencapaian Negeri Pahang.

“Walaupun saya kali pertama pergi ke sini, saya dapat banyak pengalaman baru. Dari sini (Aspirasi Pahang 1st), saya dah nampak kejayaan kejayaan dalam negeri kita sendiri (Negeri Pahang).
“Sebab itulah slogan Pahang 1st, maknanya kita utamakan Pahang dekat mana kita berada,” katanya.
Menurut Shahemi Shaharuddin, 17, pelajar dari Sekolah Menengah Paya Besar, inisiatif ini sebagai penghargaan kepada usaha dan sumbangan besar yang telah dilakukan oleh kepimpinan negeri, khususnya YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Dia (Program Aspirasi Pahang 1ST) berkaitan dengan apa yang Tok Wan (YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail) kita beri kepada Pahang.
Apa yang telah disumbangkan kepada kita. Contoh macam pembangunan,” katanya.
Dalam pada itu, Adam Haris Azharul berharap Kerajaan Negeri Pahang dipandang besar oleh masyarakat ramai.
“Saya harap Negeri Pahang ini akan menjadi satu negeri yang dipandang besar oleh kita dan orang luar,” katanya.
Majlis Pelancaran Aspirasi Pahang 1st yang diadakan di Dewan Tertutup SUKPA, Kuantan hari ini dihadiri seramai 2,500 peserta. -PAHANGMEDIA

