KUANTAN, 22 FEBRUARI 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah memberi perkenan kepada keputusan kewujudan Zon Khas Solat Baharu iaitu Zon Khas Rompin.
Zon Khas Rompin berkenaan telah diputuskan dalam Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang pada 19 Februari lalu.
Sahibus Samahan Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan memberitahu, Zon Khas Waktu Solat untuk Daerah Rompin itu membabitkan tiga mukim iaitu Mukim Rompin, Mukin Endau dan Mukim Pontian.
Katanya, Zon Khas Rompin berkenaan akan diperkenalkan mulai pada 1 Mac ini bersamaan 30 Syaaban 1445H.
“Oleh itu, jadual waktu solat dan berbuka puasa bagi bulan Ramadan 1446H bagi Daerah Rompin akan menggunakan Zon Khas Rompin, dan tidak lagi menggunakan Zon 2 iaitu Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah,” katanya. -PAHANGMEDIA

