Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 05 DISEMBER 2024 : Seluas 23.36 hektar tanah rezab kerajaan diluluskan kepada Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk maksud awam di Jerantut.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, tanah hak milik MDJ seluas 4.1037 hektar dalam bandar Jerantut.
“Perizaban atas maksud awam ini adalah seperti rezab rumah sembelihan moden berkeluasan 0.3785 hektar; rezab taman rekreasi awam berkeluasan 1.037 hektar; rezab taman awam berkeluasan 4.376 hektar.
“Rezab taman bandar berkeluasan 17.00 hektar; rezab tapak pembangunan gerai berkeluasan 0.1167 hektar; dan rezab tapak niaga pekan sehari / pasar malam / bazar ramadhan berkeluasan 0.453 hektar.
“Manakala tanah hak milik Majlis Daerah Jerantut dalam Bandar jerantut adalah seluas 4.1037 hektar yang merangkumi 0.8535 hektar bagi Kategori Penggunaan Tanah Perniagaan; 0.66 hektar Kategori Penggunaan Tanah Perniagaan; 0.1151 hektar Kategori Penggunaan Tanah Perniagaan; 0.375 hektar Kategori Penggunaan Tanah Perniagaan; 0.2971 hektar Kategori Penggunaan Tanah Perniagaan; dan 1.803 hektar Kategori Penggunaan Tanah Pertanian,” katanya.
Menurut beliau, dari segi perancangan pembangunan tanah-tanah rezab dan tanah hakmilik Majlis Daerah Jerantut ini adalah tertakluk kepada keperluan.
“Ia juga tertakluk kepada cadangan zon guna tanah yang telah di tetapkan dalam Rancangan Tempatan Daerah Jerantut pada masa ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang. -PAHANGMEDIA

