BENTONG, 26 OKTOBER 2024 : Penganjuran Karnival Jualan Agro Madani Mega 2024 Negeri Pahang merupakan inisiatif dan keprihatinan Kerajaan untuk memberikan penjimatan kepada kos sara hidup rakyat.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, YB Dato’ Amizar Abu Adam berkata, usaha ini usaha kerajaan yang prihatin dalam membantu rakyat ketika kesempitan dengan kenaikan harga barangan.
βPada tahun 2024 FAMA telah dapat melaksanakan sebanyak 397 program yang telah memberi manfaat kepada 679,341 isi rumah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, kita sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang baik kepada FAMA dan juga pihak kementerian bagi memastikan semua program dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jualan Agro Madani Mega 2024 peringkat negeri Pahang.
Pihak PDRM juga memberi komitmen besar dalam program ini dengan mempromosikan perkhidmatan polis agar rakyat sentiasa merasa yakin dan selamat berada dalam negara ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Bentong YB Young Syefura Othman,Ketua Pengarah FAMA Encik Abdul Rashid Bin BahriKetua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman dan Pegawai Daerah Bentong YH Dato Shahid Bin Ismail.
Orang ramai berpeluang membeli makanan dengan murah di jualan barangan asas seperti telur,ayam dan beras oleh FAMA selain jualan buah-buahan tempatan. – PAHANGMEDIA

