Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Syed Abdullah Syed Nordin
PUTRAJAYA, 21 SEPTEMBER 2024 : Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) Advance Skills telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Malaysia Rail Development Corporation bagi berkongsi pengetahuan terkini mengenai teknologi sistem rel.
Pertukaran memorandum ini disempurnakan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Hajah Nor Liza Abd Mubin bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Development Corporation, YBhg. Puan Nurul Adilah Abd Wahid.
Perjanjian berkenaan telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datoβ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datoβ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Datoβ Sri Saiful Edris Zainuddin di Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2024 di Hotel The Everly.
Turut menyaksikan pertukaran berkenaan, Pengurus Korporat Dan Pembangunan Perniagaan YP Advanced Skills, Encik Mohd Norsham Nisam Abd Malik; dan Pengarah Kemampanan Rel & Pembangunan Bakat Malaysia Rail Development Corporation, Encik Ts Muslizam Musa.β¨
Kerjasama strategik ini akan memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak dalam menyediakan latihan berkualiti tinggi, memastikan peserta mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.
Seramai 30 peserta anak Pahang telah menjalani latihan praktikal dan teori serta ditempatkan di dalam industri rel yang komprehensif serta dilengkapi dengan pengetahuan terkini mengenai teknologi sistem rel seperti Keretapi Tanah MelayuBerhad (KTMB) dan Prasarana. -PAHANGMEDIA

