Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Farizul Hafiz Awang
SHAH ALAM, 22 OGOS 2026 : Program Townhall Rakyat 2.0 bersama YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib disifatkan sebagai platform interaksi antara Kerajaan Negeri Pahang dengan anak-anak Pahang di perantaun bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan idea berkaitan pembangunan negeri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, penglibatan anak-anak Pahang di perantauan menerusi program tersebut penting dalam membantu kerajaan negeri mendapatkan perspektif serta cadangan baharu untuk pembangunan negeri.

“Ini satu forum untuk kita melibatkan serta berinteraksi dengan anak-anak Pahang di Perantuan yang berkemungkinan ada idea yang bernas yang boleh diambil kira atau terjemahkan dalam bentuk polisi ataupun dasar di pering kat Kerajaan Negeri Pahang.
“Alhamdulillah, sambutan hari ini saya lihat ramai anak Pahang di perantauan yang hadir untik memberi sokongan dan ada yang bagi cadangan. Mereka di perantuan disarankan untuk memberi idea yang bernas seperti pada sesi soal jawab sebentar tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Townhall Rakyat 2.0 bersama YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib di Dewan Karangkraf, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap anak-anak Pahang, sama ada yang menetap di dalam mahupun di luar negeri, terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi Pahang.
“Harapan saya agar anak-anak Pahang serta di perantauan akan menyumbang ke arah kemajuan ekonomi Negeri Pahang dan yang mana sudah menetap di Pahang kekal untuk menyumbang ke arah kemajuan ekonomi, bantu kita untul menarik pelabur.
“Yang mana diluar Pahang kena kongsikan kepakaran dan saya harap mereka ini akan mengambil masa untuk memberi pandangan bagaimana untuk kita merancakkan lagi pertumbuhan Negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

