Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 18 DISEMBER 2025 : “Selesa (Pusat Pemindahan Sementara), tak ada apa yang tak cukup,” kongsi mangsa banjir Puan Rahimah Ya yang telah dipindahkan sejak dua hari lepas.
Menurut Puan Rahimah, 61, dia yang pertama kali berpindah ke PPS berkata pengalamannya ini dirasakan agak istimewa terutama apabila YAB Menteri Besar Pahang turun bertanya khabar mereka.

“Dua hari dah (pindah ke PPS SK Tanah Putih Baru), saya, anak perempuan, menantu, cucu. Setakat ini okey, spesial jugalah. Selesa. Tak adalah (yang tak cukup). Dia (petugas) naik, panggil, kalau nak bagi apa-apa, bagitahu.
“Terkejut juga MB (Menteri Besar datang). Kira take care jugalah. Tak sangka nak turun. Special jugalah kat sini,” katanya yang menyewa di Kampung Razali.
Sementara itu, menurut Encik Zainuddin Mamat, 46, dari Kampung Razali, dia berkata keadaan di PPS SK Tanah Putih Baru selesa buat penempatan sementara mereka yang menjadi mangsa banjir.

“Cukup okay semua makan semua, dia punya susun atur tu okay. Hari ni Menteri Besar datang, alhamdulillah, baguslah.
“Petang semalam masuk (PPS). Balik pagi tadi tengok air dah masuk rumah paras betis. Pernah banjir banyak kali dah,” katanya yang tinggal di Rumah Mesra Rakyat sejak 2013,” katanya.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan melawat mangsa banjir di PPS SK Tanah Putih Baru.
Seramai 224 mangsa termasuk enam bayi dan dua warga emas di tempat di PPS berkenaan setakat ini melibatkan mangsa dari sepuluh buah kampung sekitar. -PAHANGMEDIA

