Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 17 DISEMBER 2025 : Penduduk dipindahkan akibat banjir di negeri ini direkodkan meningkat kepada 4,664 orang melibatkan empat daerah setakat 4 petang ini dengan Kuantan masih menjadi daerah tertinggi terjejas.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, selain Kuantan, tiga daerah lagi masih kekal iaitu Maran, Rompin, dan Pekan.
“Sebanyak 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka setakat pukul 6 petang ini melibatkan mangsa seramai 3,533 orang daripada 1,156 keluarga.
“Di Maran sebanyak 451 mangsa daripada 156 keluarga ditempatkan di sembilan PPS, sementara itu di Rompin mencatatkan mangsa dipindahkan seramai 331 mangsa daripada 95 mangsa di enam PPS, dan di Pekan seramai 349 mangsa dipindahkan daripada 95 mangsa di tiga PPS,” katanya.
Semmentara itu laporan turut merekokan lapan sungai di negeri ini berada di paras bahaya manakala empat lagi berada pada para amaran manakala bakinya berada pada paras waspada.
“Enam sungai berada pada paras bahaya ialah Empangan Chereh, Kuantan; Sungai Kenau di Sungai Rimau, Kuantan; Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan; Sungai Kuantan di Bukit Kenau, Kuantan; Kampung Sungai Puteri, Rompin; Sungai Soi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan; Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan; dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan.
“Manakala yang berada di paras amaran adalah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan,” katanya. -PAHANGMEDIA

