LIPIS, 20 OKTOBER 2025 : Program ‘Hogoh Jelai’ anjuran Perikatan Nasional (PN) yang berakhir malam tadi dilihat gagal apabila jumlah kehadiran jauh lebih rendah daripada jangkaan awal.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 30,000 penyokong akan memenuhi kawasan Jelai, namun hanya sekitar 2,500 orang yang hadir sepanjang program berlangsung.
Walaupun dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan PN, ia ternyata gagal menarik kehadiran ramai seperti yang diharapkan.
Pemerhati politik tempatan menyifatkan kegagalan Hogoh Jelai sebagai isyarat penurunan sokongan terhadap PN di Pahang dan mungkin berdepan cabaran besar untuk mempertahankan momentum politik di negeri ini.
Beberapa penduduk Jelai yang ditemui juga menyatakan bahawa mereka kini lebih menumpukan kepada isu ekonomi berbanding menghadiri program politik yang dianggap tidak membawa manfaat langsung kepada rakyat.
Kegagalan Hogoh Jelai sebagai tamparan kepada PN, yang sebelum ini mendakwa sokongan terhadap parti itu semakin meningkat di Pahang namun sambutan lesu di Jelai memberi gambaran bahawa pengaruh parti tersebut mungkin tidak sekuat yang digambarkan. – PAHANGMEDIA

