Oleh: Norhafizan Zulkifli
Foto : Nuraqilah Amran
KUANTAN, 2 DISEMBER 2024 : Program Anak Kebanggan Pahang (Pahang Pride Kid) 2023 yang diperkenalkan Kerajaan Negeri di bawah Belanjawan 2023 bertujuan untuk mengimbangi pola demogafi penduduk dan menggalakkan kelahiran bagi negeri ini.
Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Hajah Sabariah Saidan berkata sehingga kini seramai 4,179 penerima telah mendapat manfaat daripada 25,000 penerima yang disasarkan setiap tahun.
Katanya, program terbabit merupakan sebagai salah satu inisiatif diambil berikutan kepekaan Kerajaan Negeri terhadap isu Malaysia menjadi negara tua menjelang 2046 di mana pada tahun ini, lebih 113,000 warga emas iaitu 6.8 peratus daripada 1.7 juta penduduk negeri ini dicatatkan.
“Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan sememangnya peka akan perubahan struktur demografi penduduk dan sentiasa komited bagi menyelesaikan isu berkaitan penuaan penduduk ini.
“Di peringkat Persekutuan, beberapa dasar berkaitan penuaan penduduk telah diperkenalkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara, Dasar Kesihatan Warga Emas dan Dasar Keluarga Negara.
“Selain itu, salah satu strategi utama bagi menyokong pemerkasaan komuniti dalam aspek penjagaan warga emas, beberapa inisiatif lain juga telah dilaksanakan khususnya di peringkat negeri Pahang,” katanya.
Belia berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan yang ADUN Semambu, YB. Tuan Chan Chun Kuang berkaitan perancangan Kerajaan Negeri menghadapi isu Malaysia menjadi negera tua menjelang 2046 dalam Mesyuarat Ke-3 Penggal ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Tambahnya lagi, antara inisiatif lain ialah Jabatan Kebajikan Malsyarakat (JKM) Negeri Pahang telah menyalurkan sebanyak RM4,462,500 peruntukan Bantuan Orang Tua (BOT) kepada 8,925 orang warga emas negeri ini setakat September tahun in bertujuan membantu menampung keperluan asas warga emas supaya mereka boleh terus tinggal bersama keluarga di dalam komuniti.
“Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM1,226,500 bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar kepada 2,447 orang penjaga setakat September tahun ini bagi meringankan beban perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga sekali gus bagi mengelakkan atau mengurangkan kemasukan warga emas terlantar ke institusi,” ujarnya.
Selain itu katanyaa laagi, antara inisiatif lain juga termasuklah melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) dan Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (GPSK) di mana sehingga September tahun ini, seramai 302 orang sukarelawan telah melibatkan diri dalam program terbabit yang telah memberi manfaat kepada 2,778 orang warga emas dan OKU.
“Selain itu, JKM juga melakukan pemantauan berterusan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 terhadap Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) berdaftar sebagai Pusat Jagaan Warga Emas bagi memastikan pusat jagaan di bawah JKM itu menepati piawaian dan kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.
“Sehingga September ini, sebanyak 12 pusat jagaan warga emas di negeri Pahang di bawah kendalian PSK yang merangkumi 678 orang penghuni telah didaftar dan dipantau di bawah Akta ini,” katanya lagi. – PAHANGMEDIA

