Foto : Amir Halim
PEKAN, 4 NOVEMBER 2026 : Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi kerja-kerja membaik pulih surau di FELDA Chini 2 susulan permohonan yang dikemukakan bagi meningkatkan keselesaan penduduk setempat beribadah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Abu Adam berkata, peruntukan itu merupakan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kemudahan keagamaan di kawasan FELDA sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa untuk digunakan.

Beliau berkata demikian ketika Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di sini.
Dalam program sama, beliau turut mengadakan sesi ramah mesra bersama peserta Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 di Rumah Melayu Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2.
Sesi berkenaan menjadi ruang untuk menyantuni peserta, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan serta keperluan masyarakat setempat. -PAHANGMEDIA

