Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 18 SEPTEMBER 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoU) antara Amat Bayu Sdn. Bhd dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perjanjian tersebut bertujuan menjalin kerjasama bagi membangunkan projek turbin angin di Pekan, sekali gus menjadi platform membina kepakaran tempatan, serta memperoleh data yang dapat menyokong pembangunan tenaga angin berskala besar di negara ini pada masa hadapan.
Hadir sama menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan di Hyatt Regency Kuantan Resort, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib. – PAHANGMEDIA

