Oleh: Nur Saadah Artika
Foto: Shahrizar Azdhar
KUANTAN, 16 OGOS 2026 : Program Teraju Aspirasi Outreach Pahang 2026 membuka ruang lebih luas kepada usahawan negeri ini untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan, bantuan teknikal serta peningkatan kemahiran bagi memperkukuh dan mengembangkan perniagaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Abu Adam berkata, inisiatif berkenaan memberi pendedahan menyeluruh kepada usahawan mengenai pelbagai peluang yang disediakan menerusi kerjasama kerajaan dan Teraju.

“Hari ini kita dapat lihat beberapa perkara-perkara pokok iaitu antaranya elemen-elemen bantuan terutama sekali di segi financial ataupun kewangan pada pihak usahawan-usahawan yang terlibat.
“Dan Alhamdulillah di antara kerjasama-kerjasama ini pihak Teraju telah pun membentangkan banyak peluang-peluang, pinjaman dan juga bantuan termasuk soft skill dan juga hard skill kepada seluruh usahawan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Teraju Aspirasi Outreach Pahang 2026 di sini Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di sini, hari ini.

Menurut beliau, peluang yang ditawarkan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan, khususnya di Pahang kerana ia bukan hanya tertumpu kepada bantuan kewangan, malah merangkumi khidmat nasihat dan sokongan teknikal.
“Dan inilah satu pendedahan dan satu peluang yang perlu diambil oleh pihak usahawan untuk mengambil peluang yang cukup luas dan juga banyak yang telah pun diberikan oleh pihak kerajaan,” katanya.
Mengulas lanjut, permohonan bantuan akan dipertimbangkan berdasarkan peruntukan yang tersedia dengan keutamaan diberikan mengikut prinsip first come, first serve.
“Untuk panduan dan first come first serve kita mengikut kadar peruntukan-peruntukan yang sedia ada dan insyaAllah mengikut usahawan permohonan dan kita akan cuba memenuhi permohonan dan permintaan dari pihak usahawan yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, YB Dato’ Amizar turut menggesa usahawan Pahang supaya tidak ketinggalan dalam memanfaatkan perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) sebagai medium pemasaran dan pengembangan perniagaan.
“AI dan juga teknologi sejurus kini adalah membantu secara dahulu, secara old school. Hari ini marketing kita adalah melalui online. Tidak perlu memikirkan pejabat yang besar, tidak perlukan kedai yang besar. Hanya mempunyai bagaimana kita mempromosikan menggunakan teknologi-teknologi sebegini termasuk AI pada hari ini,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia yang juga Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato’ Sri Shahar Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Encik Junady Nawawi serta barisan ketua-ketua jabatan. -PAHANGMEDIA

