Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2026 : Program Ziarah Kasih Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dijalankan oleh Dewan Negeri Pahang perlu diteruskan bagi menghargai bakti dan sumbangan mereka kepada negeri.
Menurut bekas ADUN Guai, Bera, YH. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman, program ziarah ini merupakan program yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan medan berkongsi pendapat diantara Kerajaan Negeri dengan bekas ADUN.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas ziarah hari ini yang mana ia (program ini) saya lihat dapat mengeratkan silaturahim bersama bekas ADUN. Program ini bukan sekadar untuk bertanya khabar kami bekas ADUN tapi juga dapat menjadi tempat berkongsi pendapat.
“Saya harap ziarah seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi mungkin juga selain daripada ziarah dapat juga diadakan pertemuan secara berkelompok bagi bekas ADUN ini bagi berkongsi pengalaman dan pendapat mereka dalam pentadbiran,” katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Taman Keramat Permai.
Sementara itu, bekas ADUN Mentakab, YH. Dato’ Chuah Boon Seong melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan daripada YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.

“Ini first time Speaker ada datang melawat bekas ADUN. Rasa happy. Tapi saya segan sikit sebab rumah simple sahaja. Tambah pula saya baru keluar hospital tadi.
“Tapi terima kasih YAB Menteri Besar, YB. Speaker sudi datang melawat saya, masih ingat kepada bekas ADUN,” katanya ketika ditemui di Seksyen 2 Wangsa Maju, sempena Program Ziarah Kasih hari ini.
Program Ziarah Kasih ini merupakan yang telah memasuki tahun ketiga ini dijalankan bagi mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin diantara Kerajaan Negeri dengan bekas ADUN yang pernah menabur bakti di negeri ini. -PAHANGMEDIA

