Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 30 APRIL 2026 : Penganjuran Music Water Festival di Cherating yang dijangka berlangsung pada hujung minggu ini tidak mempunyai permit penganjuran daripada pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Menurut Datuk Bandar Kuantan, YH. Dato’ Zaliza Zulkipli, pihaknya telah menerima permohonan bagi penganjuran festival berkenaan namun diputuskan ditolak.
“Majlis Bandaraya Kuantan menerima permohonan bagi penganjuran Water Music Festival di Cherating oleh penganjur, MatPros Studio, pada 15 April 2026.
“Permohonan ini kemudiannya diputuskan untuk tolak di Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan MBK pada 23 April,” katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau lagi, sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran tindakan sewajarnya akan dikenakan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan. -PAHANGMEDIA

