Oleh : Ain Nadhirah Basha
SHAH ALAM, 23 APRIL 2026 : “Macam kita ni perantau, kita tengok. Selangor kita tak boleh minta, Pahang kita tak tahu pun sebab kita dah merantau lama. Jadi tiba-tiba dapat panggilan tu, eh syukurnya,” kongsi penerima Inisiatif Makmur Pahang Barakah Haji Kluster Anak Perantauan Pahang, Puan Aine Jamaliah Mohamad Zain.
Menurut Puan Aine Jamaliah, 63, dari Puchong Selatan, dia melahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Negeri diatas keprihatinan kepada para perantau Pahang yang bakal menunaikan haji.
“Saya dari Pekan, Pahang. So, saya rasa syukur sangat sebab kita pun banyakkan nak beli masa persediaan haji, jadi syukur sangat. Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang. It’s a good inisiatif.

“Rasa excited. Dia orang cakap pasal inisiatif, inisiatif. Macam kita ni perantau, kita tengok. Selangor kita tak boleh minta, Pahang kita tak tahu pun sebab kita dah merantau lama kan. Jadi tiba-tiba dapat panggilan tu, eh syukurnya. Rasa gembira sangat.
“Saya nak berterima kasih banyak-banyaklah mewakili semua, semua yang dapat inisiatif ini. Terima kasih banyak dan semoga Negeri Pahang lebih makmur akan datang,” katanya yang merupakan pesara yang telah 30 tahun menetap di Selangor.
Sementara itu, menurut pasangan Encik Muhd Safwan Saidin, 47, dan Puan Suraya Othman, 47, dari Cheras turut melahirkan rasa terharu dengan ingatan Kerajaan Negeri Pahang kepada perantau yang bakal menunaikan haji.
“Asal saya daripada Janda Baik, Bentong Pahang. Isteri saya ni orang Temerloh, Kerdau. Saya rasa syukur kepada Allah. Alhamdulillah kerana Kerajaan Pahang tak melupakan anak Perantau di luar ni.
“Dah lama kami merantau mencari rezeki di luar, duduk di Selangor, dah 20 tahun lebih. Rasa syukur macam tak lupa kita yang kerja di luar Pahang ni. Dia (dapat tahu) by call.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kerajaan Pahang yang memberi sedikit inisiatif Alhamdulillah syukur Allah, tak lupa kepada kami yang duduk di luar Pahang ni.
“Terima kasih banyak-banyak kerana Kerajaan Pahang bantu daripada kami belajar lagi dengan Yayasan Pahang sampailah bekerjaya. Terima kasih banyak-banyak. Didoakan semoga Kerajaan Pahang maju sentiasa. Kami berdoa kepada kerajaan Pahang dan seluruh rakyat Pahang agar Allah ta’ala merahmati kita semua. Rezeki syukurlah. Terima kasih banyak-banyak,” ujar pasangan ini yang bakal berangkat menunaikan haji pada Selasa hadapan.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyampaikan Inisiatif Makmur Pahang Barakah Haji Kluster Anak Perantauan Pahang buat julung kalinya kepada 144 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM496,100.
Insentif kewangan kepada perantau ini merupakan sebahagian bantuan termasuklah melibatkan 1,712 jemaah haji Pahang di Kuantan pada awal bulan lalu dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.2 juta termasuklan pek makanan retort dan buku doa kepada semua bakal jemaah haji Pahang. -PAHANGMEDIA

