JERANTUT, 11 MAC 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Baharu Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kampung Simpang Tebing Tinggi, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail Diraja Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar; dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada rakyat terdiri daripada golongan asnaf di kawasan sekitar. -PAHANGMEDIA

