Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
LIPIS, 30 JANUARI 2026 : “Saya amat berterima kasih kepada MB (Menteri Besar) sebab bagi bantuan banjir,” kongsi penerima bantuan banjir lumpur, Encik Sahdan a/l Yok Boy.
Encik Sahdan, 54, dari Kampung Cerok berkata bantuan daripada Kerajaan Negeri ini dapat digunakan bagi membeli benih baharu untuk ditanam di kebun yang sebelum ini memusnahkan hampir separuh tanamannya.

“Masa banjir pada bulan Mac 2025, kebun buah saya, yang saya tanam petai, durian, langsat, manggis, asam belimbing rosak separuh. Dah tiga tahun dah guna hasilnya.
“Kalau boleh saya nak beli benih Musang King ke, apa-apalah, sebab kita tukar tempat lain sebab tempat dulu dah rosak.
“Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada MB sebab beri sumbagan untuk kami yang kena bencana itu hari. Saya bersyukur sangatlah,” katanya.
Sementara itu, Puan Norisah a/p Yak Boy, 53, turut melahirkan rasa gembira dengan pemberian sumbangan oleh Kerajaan Negeri kepadanya.

“Rasa seronok, saya ucap terima kasih kepada Menteri Besar dan dato’-dato atas sumbangan yang diberi ini.
“Banjir dulu rosak kebun habis. Saya tanam durian, petai, pisang, lada, ubi, rambutan, betik, kantan, macam-macam,” katanya.
Sementara itu, penerima Kit Bantuan Persekolahan dan Bantuan Awal Persekolahan, Farah Nadiah, 12, dari SK Sinderut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar di atas sumbangan yang diterima ini.

“Nak guna (kit bantuan persekolahan) untuk belajar. Terima kasih Tok Wan sebab bagi barang belajar. Rasa seronok,” katanya.
Seorang lagi penerima, Khairul Faiz a/l Karul, 12, turut merasa gembira dengan pemberian Kit Bantuan Persekolahan dan Bantuan Awal Persekolahan yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

YAB. Menteri Besar menyampaikan Kit Bantuan Persekolahan dan Bantuan Awal Persekolahan dan sumbangan banjir hari ini dalam siri lawatan kerja ke Pos Sinderut selama dua hari bermula semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad. -PAHANGMEDIA

