Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 18 DISEMBER 2025 : Mangsa terjejas banjir di negeri ini meningkat kepada 10,740 orang setakat 4 petang ini dengan Kuantan mencatatkan mangsa tertinggi seramai 8,613 orang.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, manakala empat lagi daerah iaitu Maran, Rompin, Pekan, dan Jerantut turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa terjejas.
“Di Kuantan, 2,921 keluarga ditempatkan di 43 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan di Maran, mangsa terjejas direkodkan seramai 879 orang daripada 245 keluarga ditempatkan di 14 PPS.
“Di Pekan, 787 mangsa daripada 259 keluarga dipindahkan ke 10 PPS, di Rompin, seramai 432 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.
“Manakala di Jerantut, seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS,” katanya. -PAHANGMEDIA”

