Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Shahrizar Azdhar
KUANTAN, 12 DISEMBER 2025 : Sebanyak 600 unit lot parkir mekanikal bakal dibina di tapak sedia ada di Hospital Tengku Ampuan Azfan (HTAA).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim, pembinaan lot parkir mekanikal merupakan penambahan parkir yang sedia ada.
“Ini merupakan penambahan kapasiti diruang parkir dan ini langkah untuk jangka masa sederhana sementara menunggu bangunan parkir siap dibina.
“Kita nak tunggu bangunan tu siap lama lagi, dimaklumkan baru mula kerja-kerja fizikal untuk sementara ini kita bina parkir mekanikal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Menunggu oleh Kerajaan Negeri Pahang di Jabatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan, hari ini. -PAHANGMEDIA

