Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 09 DISEMBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan bekalan bahan keperluan tidak terjejas di pasaran dan harga berada diparas yang munasabah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB. Tuan Sim Chon Siang, beberapa tindakan telah diambil bagi memastikan kestabilan harga di pasaran.
“Antara tindakan yang telah diambil adalah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM); melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan; menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Seterusnya, menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2022; menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961; melaksanakan “OPS KESAN”; melaksanakan “OPS SAMAR”.
“Menjalankan siasatan aduan susulan aduan yang diterima daripada peniaga; dan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa harga barangan di pasaran ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran (demand and supply), faktor cuaca, ekonomi global, oersingan, kadar tukaranan wang asing, kadar upah dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang. -PAHANGMEDIA

