Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 11 NOVEMBER 2025 : Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang amat membantu pihak pengurusan masjid terlibat mengimarahkan dan membangunkan masjid.
Menurut bilal Masjid Jamek Kampung Melayu, Sungai Lembing, Encik Tengku Ahmad Tengku Abdul Rahman, 50, dia merasa gembira dengan insentif yang diterima pihak masjid.

“Rasa gembira, sebab inisiatif Kerajaan Negeri untuk adakan program sebegini terutama khusus untuk masjid-masjid, masjid kariah dan masjid daerah di seluruh Negeri Pahang.
“Dia sedikit sebanyak pun kalau sedikit yang dibagi pun kita bersyukur, kerana dapat membantu untuk kita mengimarahkan masjid, buat program-program masjid, panggil penceramah dan sebagainya. Terima kasih banyak Kerajaan Negeri.
“Saya wakil pada Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Lembing Negeri Pahang, ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri khususnya di bawah pemerintahan Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy kerana berikan inisiatif sumbangan pada masjid di setiap masjid di Negeri Pahang ni. Sangat membantulah untuk kita mengimarahkan masjid dan untuk pembangunan masjid itu sendiri khususnya,” katanya.
Sementara itu, menurut imam 1 Masjid Muadzam Shah, Encik Mohd Fairuz Ismail, 49, sumbangan Kerajaan Negeri bagi kegunaan barangan dan infrastruktur masjid.

“Alhamdulillah untuk kegunaan barangan, infrastruktur masjid dan program-program diadakan di masjid dari masa ke semasa. InsyaAllah akan dimanfaatkan dan terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri Pahang yang memang cukup prihatin memberi sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada seluruh masjid-masjid di Negeri Pahang ini.
“Antaranya pengisian seperti kelas-kelas pengajian. Kemudian dalam infra itu untuk kita baik pulih sesuatu yang kecil-kecil seperti kerosakan-kerosakan dan sebagainya. Itu diantara perkara-perkara yang penting contohnya tempat wudhuk, kemudian tempat solat dan sebagainya,” katanya.
Program Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) Kluster Agama melibatkan masjid dan surau kebenaran Jumaat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah menyediakan peruntukan sebanyak RM6.97 juta bagi tujuan pengagihan IM Pahang Kluster Agama melibatkan 697 masjid dan surau kebenaran Jumaat tahun ini. -PAHANGMEDIA

