Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
MELAKA, 19 SEPTEMBER 2025 : Rakyat Negeri Pahang boleh mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung maklumbalas berkaitan Belanjawan 2026 Negeri Pahang.
Kesemua cadangan dan pandangan yang dikemukakan ini dapat membuka peluang kepada setiap rakyat di Negeri Pahang untuk menyumbang idea dalam memastikan negeri ini terus makmur.

Pelancaran tinjauan atas talian oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Datoβ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail ini membuktikan Kerajaan Negeri mendengar suara rakyat melalui keterlibatan masyarakat umum secara menyeluruh dalam penyediaan Belanjawan 2026.
Rakyat di negeri ini boleh mengemukakan sebarang cadangan menerusi pautan https://esurvey.pahang.gov.my menerusi tinjauan yang dijalankan bermula hari ini. -PAHANGMEDIA

