Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 31 JULAI 2025 : Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) mengumumkan keuntungan dividen saham tertinggi setakat penubuhannya iaitu sebanyak 55 peratus.
Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pendapatan keseluruhan KOSMA yang telah diaudit mencatatkan jumlah sebanyak RM290.79 juta bagi tahun 2024.
“Bagi tahun kewangan 2024, pendapatan keseluruhan KOSMA yang telah diaudit mencatatkan jumlah sebanyak RM290.79 juta, manakala keuntungan bersih direkodkan sebanyak RM132.77 juta.
“Berdasarkan prestasi kewangan yang baik ini, Mesyuarat Agong KOSMA ke-40 telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan berjaya mendapat kelulusan pembayaran dividen saham sebanyak 55 peratus, yang paling tinggi.
“Nilai dividen dibayar ialah RM32.538 juta, nilai unit ladang yang telah dibayar ialah RM23.97 juta, jumlah anggota terlibat seramai 1,495 orang, dan jumlah keseluruhan pembayaran dividen unit ladang dan saham sebanyak RM56.508 juta,” katanya.

Beliau berkata kejayaan KOSMA ini tidak datang begitu sahaja, tetapi datang dengan usaha gigih dan konsisten setiap jenteranya dan pengagihan dividen ini akan memperkukuhkan kesejahteraan ahlinya.
“Dividen ini adalah hasil daripada pengurusan koperasi yang cekap, efisien dan pulangan pelaburan yang mampan. KOSMA percaya bahawa pengagihan dividen ini akan terus memperkukuhkan kesejahteraan ahli-ahli, kakitangan, warga koperasi dan seluruh rakyat Malaysia.
“KOSMA terus memainkan peranan penting dalam menjana pendapatannya yang memberikan impak besar kepada sektor koperasi Negeri Pahang dan juga negara,” katanya.
Tambah beliau keuntungan ini akan diagihkan kepada semua ahli bermula hari ini sebagai tanda penghargaan di atas sokongan dan sumbangan 1,459 ahlinya.
“KOSMA juga tidak pernah lupa untuk terus menghargai sokongan serta sumbangan ahli-ahlinya seramai 1,459 orang. Keuntungan ini akan diagihkan kepada semua ahliserta kepada kakitangan yang bertungkus-lumusbekerja untuk memastikan kejayaan ini.
“Semoga KOSMA terus maju jaya dan menjadicontoh kepada koperasi-koperasi lain di negara ini,” katanya pada sidang media Pengumuman Pembayaran Dividen Unit Ladang dan Dividen Syer Kosma Bagi Tahun 2024 di Wisma Sri Pahang. -PAHANGMEDIA

