Oleh : Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 23 APRIL 2025 : Daerah Jerantut diumumkan sebagai johan bagi pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 yang berlangsung pada 20 hingga 30 Mac yang lalu.
Perkara terbabit diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man semasa sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Katanya, johan pertandingan terbabit berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dengan Daerah Bentong dinobatkan sebagai naib johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh Daerah Kuantan dengan hadiah wang tunai bernilai RM10,000 diikuti Daerah Temerloh di tempat keempat dan Rompin di tempat kelima di mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM5,000 dan RM3,000.
Tambahnya lagi, program terbabit telah dianjurkan di kesemua 11 daerah di Negeri Pahang dengan objektif untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
βPenganjuran ini turut menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti pertandingan pelita, persembahan kebudayaan, serta jualan makanan dan produk tempatan yang mampu menarik minat pelancong ke negeri ini,β katanya. -PAHANGMEDIA

