Oleh: Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 19 FEBRUARI 2025: Kerajaan Negeri Pahang meraikan kejayaan enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Panching yang berjaya memperoleh anugerah emas, anugerah khas dan anugerah perak dalam pertandingan Youth Tech Asia Challenge (YTAC) 2025 yang diadakan pada 7 hingga 9 Februari lalu bertempat di Hotel Emperior, Kuching, Sarawak.
Enam pelajar terbabit ialah Zarina Zatashah Shamsul Rohor, Nur Insyirah Batrisyia Mohd Faisal, Nur Ain Sofea Shamsuddin, Puteri Nur Qaseh Najihah Berahim, Nik Rabiatul Adawiyyah Nik Mohd Mazril Hadi dan Rifqah Qistina Rosli.
Susulan itu, Kerajaan Negeri melalui YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan sumbangan kepada kumpulan pelajar terbabit sebagai dorongan untuk mereka meneruskan kejayaan ke peringkat seterusnya.
Guru Pembimbing SMK Seri Panching, Encik. Mohd Faisal Abdul Salam berkata, pihan sekolah telah menghantar dua pasukan dengan masing-masing terdiri dari tiga pelajar ke pertandingan YTAC 2025 terbabit.
“YTAC ada lebih kurang 80 ke 90 penyertaan dan juga ada penyertaan dari negara Vietnam, Indonesia, dan juga Thailand. Jadinya kami berkumpul untuk mempertandingkan inovasi masing-masing. Sekolah kami masuk Inno-Tech-Hardware dan Inno-Tech Secondary-Software.
“Acara berlangsung selama tiga hari dan setelaah berhempas pulas kami berjaya memeperoleh anugerah emas dan juga anugerah istimewa untuk The Entrepreneural In Inno-Tech Secondary-Software dan satu lagi kumpulan mendapat anugerah perak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaiakan sumbangan Kerajaan Negeri oleh bertempat di bertempat di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), di sini hari ini. Majlis turut dihadir barisann Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Tambahnya, disebabkan kejayaan yang diperoleh itu melayakkan dua pasukan berkenaan yang terdiri dari pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima ke peringkat seterusnya iaitu pertandingan International Creativity and International Award (ICIA) 2025 yang akan berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam pada 25 hingga 29 April nanti.
Katanya lagi, beliau dan pasukannya berharap agar mereka dapat meneruskan kejayaan dengan memperoleh anugerah emas dan anugerah khas lain di ICIA nanti
“Alhamdulillah kami mendapat sumbangan Kerajaan Negeri pada hari ini. Sangat-sangat berterima kasih kepada YAB.Menteri Besar di atas sumbangan yang diberikan kerana ianya membantu kami sedikit sebanyak dalam persediaan kami untuk dibawa ke Vietnam nanti.
“Saya juga berterima kasih kepada FELDA terutamaynya pihak FELDA Wilayah Kuantan kerana membantu kami dari segi pengangkutan, dari segi inspirasi, mengiktiraf dan juga banyak membantu kami memberi lebih input terhadap pertandingan yang akan berlangsung dan sudah berlangsung selepas ini. Harapan saya semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan di masa akan datang,” ujarnya.-PAHANGMEDIA

