Oleh: Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 28 SEPTEMBER 2024: Pahang berjaya mengutip 15 pingat emas pada temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang bermula 22 September lalu dan berakhir hari ini.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, kutipan itu melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 10 pingat emas.
“Alhamdulillah kontinjen Para SUKMA Pahang berjaya memperolehi setakat ini 15 pingat emas daripada sasaran kita 10 pingat emas sahaja.

“Dan 15 pingat emas ini adalah pencapaian terbaik Negeri Pahang di luar Negeri Pahang. Sebelum ini pencapaian terbaik kuta di luar Negeri Pahang sebanyak sembilan emas dan setakat sehingga jam ini dah peroleh 15 emas,” katanya kepada media selepas Program Pahang International Scout Scarf Festival 2024 di Stadium Darul Makmur, di sini hari ini.
Beliau justeru itu merakamkan ucapan tahniah kepada Kontinjen Para SUKMA Negeri Pahang yang diketuai oleh YB Tuan Khairulnizam Mohd Zuldin yang juga merupakan ADUN Kemayan.
“Ini satu pencapaian yang cukup membanggakan. Saya difahamkan ada dua lagi potensi emas hari ini. Saya harap mampu dicapai.
“Saya terharu dengan kesungguhan, komitmen mereka menciota kejayaan walaupun mereka serba kekurangan.. atlet kelaknan upaya.. tetapi beberapa sesi saya bersama mereka, tiada bezanya dengan atlet-atlet sempurna yang lain,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri akan terus memberikan komitmen padu kepada atlet para SUKMA terbabit dan akan melihat secara mendalam fasiliti latihan yang disediakan untuk mereka.
“Kejayaan mereka pada hari ini membuktikan tidak mustahil boleh berkaya sekiranya ada kesungguhan.
“Justeru, Kerajaan Pahang akan bersama dengan atlet Para Sukma ini dan insyaAllah akan ada perubahan yag akan saya maklumkan kemudian,” ujarnya. -PAHANGMEDIA

