Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
BENTONG, 6 SEPTEMBER 2023 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Portal Belanjawan Negeri Pahang 2024 di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Bentong, hari ini.
Portal Belanjawan adalah satu portal survey (kajian) untuk mendapatkan maklumbalas masyarakat berhubung Belanjawan 2024 Pahang.
Ini bertujuan memastikan setiap lapisan masyarakat dapat memberi cadangan terhadap pengisian dan perincian Belanjawan 2024 Negeri Pahang.

Pelancaran portal ini juga dapat membuktikan Kerajaan Negeri cakna dengan suara rakyat, keterlibatan masyarakat umum dalam penyediaan Belanjawan 2024 agar lebih menyeluruh.
Ini juga membuka peluang supaya setiap rakyat dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam memastikan Pahang terus makmur.
Survey ini akan dijalankan bermula hari ini, 6 September 2023 sehingga 13 Oktober 2023 depan. Rakyat Pahang boleh memberi cadangan menerusi pautan berikut: https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=375 .-PAHANGMEDIA

