Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
KUANTAN, 17 OGOS 2026 : Tiga anak Pahang mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih empat pingat pada 16th Thailand Open Karate Championship 2026 yang berlangsung di Kasetsart University, Bangkok baru-baru ini.
Lebih membanggakan, kejayaan tersebut disumbangkan oleh atlet pelapis dan bakat Majlis Sukan Pahang (MSP) yang mewakili negeri Pahang dalam kejohanan berkenaan.
Muhammad Rayyan Mikhail Mohd Shamshul,12, berkaya raih pingat emas bagi kategori persembahan Individu Lelaki Bawah 14 Tahun (U14) KATA.
Bagi pingat perak berkaya diraih oleh Wan Amal Dahlia Wan Mohd Haslan,12, dalam kategori persembahan Individu Lelaki Bawah 14 Tahun (U14) KATA.
Sementara itu, Raesha Medina Redha Akmal, 10, telah menyumbangkan dua pingat gangsa dalam kategori Individu Perempuan Bawah 12 Tahun (U12) Kata dan Individu Perempuan U12 Kumite 35 kilogram (kg).
Pencapaian itu sekali gus memperlihatkan potensi atlet muda Pahang dalam sukan karate serta menjadi pendedahan penting kepada barisan atlet pelapis negeri untuk meningkatkan prestasi di peringkat antarabangsa.
Kejayaan berkenaan diharap menjadi pembakar semangat kepada atlet anak Pahang untuk terus berjuang dan mengharumkan nama negeri dalam kejohanan akan datang. -PAHANGMEDIA

