KUANTAN, 12 MEI 2026 : Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang kini sedang meneliti tindakan yang bersesuaian dalam usaha memelihara hak serta kepentingan Negeri Pahang Darul Makmur.
Perkara itu dimaklumkan YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi susulan titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15.
“Patik, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang menjunjung kasih ke atas titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15.
“Sehubungan dengan itu, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang sedang meneliti tindakan yang bersesuaian dalam memelihara hak dan kepentingan Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. -PAHANGMEDIA

