Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 09 DISEMBER 2025 : Sebanyak RM2.6 juta menerusi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk untuk pembinaan Masjid Kampung Desa Selesa Perpat, Rompin.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kerajaan Pahang telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM750,000 manakala Kerajaan Persekutuan menanggung sebanyak RM1.8 juta untuk mencukupkan RM2.6 juta.
“Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ada memohon dan kita dapat RM2.6 juta. Kerajaan Negeri YAB Menteri Besar telah bersetuju dengan kos RM750,000 dan Kerajaan Persekutuan menanggung sebanyak RM1.8 juta untuk mencukupkan RM 2.6 juta,” katanya.
“Pembinaan masjid berkenaan turut mendapat tambahan peruntukan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKR) sebanyak RM100,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, YB Dato’ Sri Dr Mohd Johari Hussain pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. -PAHANGMEDIA

