Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
TEMERLOH, 11 NOVEMBER 2025: Program ziarah kasih terus menjadi platform menghargai jasa dan pengorbanan bekas wakil rakyat yang pernah berkhidmat untuk Negeri Pahang.
Menurut YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, program ini diadakan bagi mengekalkan hubungan silaturahim serta menghargai sumbangan besar mereka terhadap negeri.

“Program macam ini untuk kita rapatkan silaturahim. Kita tahu bahawa mereka ini mempunyai jasa besar kepada Negeri.
“Kita dapat bertanya-tanya khabar, menyampaikan salam dari YAB Menteri Besar Pahang dan pada masa yang sama kita nak dengar lah apa-apa masalah yang berkemungkinan Pejabat Speaker Dewan Negeri Pahang dan Pejabat Dewan Undangan Negeri boleh bantu dan sebagainga.
“InsyaAllah nama mereka akan terus terpahat di dalam sejarah Negeri Pahang ini. Mereka merupakan seorang penggubal undang-undang suatu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Ziarah Kasih Bekas Ahli Dewan Negeri Pahang di sekitar Pahang, melibatkan tiga bekas Ahli Dewan Negeri.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa program ini akan diteruskan sehingga semua bekas wakil rakyat dari negeri ini berjaya disantuni.
“InsyaAllah kita akan adakan terus sehingga habis bekas-bekas wakil rakyat yang ada didalan Negeri Pahang ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

