Oleh: Norhafizan Zulkifli
BERA, 17 DISEMBER 2024: Program Suritekno merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk merealisasikan matlamat Masyarakat 5.0, konsep di mana teknologi digunakan untuk memupuk kesejahteraan dan keharmonian sosial.
Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan berkata, Program Suritekno membantu mereaslisaikan visi berkenaan dengan memastikan golongn suri rumah tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi.
“Saya ingin menyampaikan seruan YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail ke arah Masyarakat 5.0 iaitu sebuah masyarakat di mana teknologi digunakan bukan sahaja untuk membangunkan ekonomi Negeri Pahang tetapi juga untuk memperkukuh kesejahteraan sosial.
“Program Suritekno adalah usaha yang tepat untuk merealisasikan visi ini dengan memastikan golongn suri rumah tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi.
“Dalam pendekatan ini, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) dimanfaatkan bukan hanya untuk kemajuaan ekonomi tetapi juga untuk meningkatkan kualiti hidup kita,” katanya ketika berucap bagi merasmikan Program Suritekno: Ke Arah Suri rumah Celik Digital (Edisi Bera) bertempat di Pahang Rest House Bera, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Naib Canselor UCYP University, YH. Dato’ Dr. Muhammad fauzi Mohd Zain, Ketua Pegawai Digital UCYP University merangkap penceramah program, Puan Ts. Suriyani Sulaiman dan Penolong Pengurus (Pengaturcara) juga merangkap penceramah program, YB. Encik Mahendran A/L Shilowaras.
Tambahnya lagi, peranan suri rumah di era teknologi kini lebih dinamik dan penting di mana mereka bukan sahaja melakukan urusan keluarga, tetapi juga boleh menjadi pengurus digital keluarga dengan menggunakan teknologi untuk mengurus kewangan dan pendidikan anak-anak.
“Selain itu, sekiranya anda melakukan perniagaan melalui platform e-dagang, anda turut berperanan sebagai penyumbang ekonomi. Malah suri rumah turut menjadi pemimpin komuniti digital apabila anda berperanan menyebarkan maklumat dan menggerakkan aktiviti komuniti melalui media sosial.
“Semua peranan yang saya sebutkan tadi akan lebih berkesan dan bermakna melalui alat dan kemahiran yang efektif. Dengan kata lain, dunia yang serba moden ini memerlukaan kita untuk mempelajari ilmu dan kemahiran digital teknologi agar kita bergerak seiring dengan kemajuannya,” ujarnya.
Program Suritekno: Ke Arah Suri rumah Celik Digital (Edisi Bera) dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Pahang, Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang, serta UCYP University itu merupaakan program penganjuran kali ketiga yang disertai seramai 33 peserta terdiri dari suri rumah daerah ini.
Program itu memberi penekanan kepada penggunaan teknologi secara praktikal, seperti Pembangunan Kemahiran dalam Pemasaran Digital dan Perniagaan atas Talian, Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Siber, Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Siber dan banyak lagi. -PAHANGMEDIA

