Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 03 JULAI 2024 : Pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) dijangka dapat beroperasi pada Disember ini memandangkan proses pembinaannya hanya berbaki 25 peratus setakat ini.
YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata proses pembinaan yang berbaki ini kebanyakkannya melibatkan kemasan dalaman.

“Hari ini saya adakan lawatan bagi bulan Julai bagi sembah maklum tentang progress kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah, YAB Menteri Besar, dan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Kita tengok bagi blok pentadbiran ini telah pun mendapat CCC dan kita telah siap untuk berpindah dan insyaAllah saya ingat kalau tak bulan ni, bulan depan kita boleh mula berpindah sedikit demi sedikit.
“Dan kita yakin penghujung tahun ini atau awal tahun depan semua siap kerana ada 25 peratus lagi tak siap kebanyakkannya adalah interior, dari segi struktur keseluruhannya telah siap,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat bangunan pentadbiran di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, YB. Tuan Lee Chin Chen.
Beliau turut melahirkan harapan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang dapat dijalankan di dewan baharu di PPSAS yang berkonsepkan moden kontemporari ini. -PAHANGMEDIA

