Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
BENTONG, 18 OKTOBER 2023 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan hormat daripada Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) di Majis Perbandaran Bentong (MPB), hari ini.
Pada kunjungan hormat itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy menunjukkan solidariti Pahang terhadap Palestin yang kini diserang oleh tentera zionis.
Dalam satu kenyataannya sebelum ini, beliau berkata, seluruh masyarakat dunia harus bersatu padu mengecam dan mendesak agar peperangan dapat dihentikan.

Sementara itu, Pengerusi PCOM, Saudara Badereddin Seyam berkata, beliau bersama rakan-rakannya daripada PCOM sangat mengharapkan kerjasama dan kesepaduan di kalangan media dan rakyat Malaysia dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan betul untuk disebarkan ke seluruh dunia.
Jelasnya, kekejaman rejim zionis yang telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin perlu dihentikan segera malah tindakan yang dilakukan sangat melampau selepas zionis meletupkan sebuah hospita di Gaza, semalam.
“Kami di sini untuk mendapatkan penyatuan rakyat Malaysia untuk menunjukkan solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini diserang oleh kerajaan zionis, kami juga ingin mendapatkan sokongan daripada negara-negara antarabangsa,” katanya.
Pihak PCOM mengharapkan agar segala maklumat yang tepat dapat disebarkan kepada dunia yang selama ini didiamkan oleh puak zionis sehingga hak mereka sebagai manusia tidak dibela. – PAHANGMEDIA

