Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
TEMERLOH, 21 NOVEMBER 2026 : Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam menerusi pelbagai bentuk penghargaan berdasarkan kemampuan kewangan negeri.
Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pemberian tersebut tidak semestinya dalam bentuk wang tunai, sebaliknya turut disalurkan melalui sumbangan lain.
“Kita ada bagi perkara-perkara lain kepada penjawat Kerajaan Pesekutuan. Contohnya kepada cikgu-cikgu kita bagi dalam bentuk kain batik, Aspirasi Pahang 1st, kita bagi in kind.
“Sebenarnya kita tidak mampu untuk bagi semua, kepada penjawat awam pesekutuan, kerana terlampau ramai,” katanya.
Beliau berkata pemberian bantuan kewangan kepada penjawat awam negeri ini adalah berdasarkan kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri.
“Dan keutamaan kita (pemberian bantuan kewangan) kepada mereka yang berkhidmat di negeri Pahang dan ini pun bajet Negeri Pahang
“Yang federal, mereka pun dapat, mungkin tidak samalah, kita tak pastilah. Sebab Kerajaan Negeri bagi apa yang kita rasa kita mampu dan kita bagi pun seadanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan berhubung bentuk penghargaan kepada penjawat awam dalam Belanjawan Negeri Pahang 2027 yang dibentangkan di Wisma Sri Pahang semalam. -PAHANGMEDIA

