Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Aimi Syafiqa Khairi
BERA, 27 SEPTEMBER 2026 : Program WANDA (Wanita Digital Anggun) bakal diperluaskan pada tahun hadapan apabila mencatat sambutan menggalakkan daripada peserta.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sabariah Saidan, sepanjang empat siri program ini, setiap penganjuran berjaya melepasi sasaran peserta ditetapkan sebanyak 250 orang.
“Biasa setiap WANDA sasaran kita 250 orang sahaja, tapi kita dapat sehingga 300 orang. Alhamdulillah, daripada seluruh Negeri Pahang. Kalau peserta tu, peserta daripada yang (sesi) pertama, yang (sesi) kedua tu akan datang lagi untuk ketiga dan keempat.

“Untuk tahun hadapan, memang kita cubalah untuk menambah bilangan peserta, mungkin kita tambah lagi bilangan tempat untuk buat program ini tapi kita tengok kepada peruntukan yang ada,” katanya.
Beliau berkata penganjuran WANDA di negeri ini turut membantu dalam memperkasakan golongan wanita di negeri ini terutamanya di dalam bidang perniagaan.

“WANDA turut memberi peluang kepada golongan wanita untuk mempelajari kemahiran berniaga selain mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara terus, termasuk membuat jualan dan close deal sepanjang program berlangsung,” katanya.
Empat siri Program WANDA dilaksanakan di Kuantan bagi siri 1.0 dan 2.0, dan bagi siri 2.0 pula kita adakan di Jerantut, dan siri terakhir iaitu 4.0 diadakan di Bera.
Program ini merupakan platform utama dalam memperkasa kemahiran digital serta memperkukuh penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan pembangunan kerjaya di negeri ini. -PAHANGMEDIA

