Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 27 OGOS 2026 : Prestasi ekonomi Negeri Pahang terus berada pada landasan positif apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM71 billion pada 2025 berbanding RM60.8 bilion pada tahun 2024.
Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, peningkatan tersebut turut disokong oleh prestasi pelaburan negeri yang memberangsangkan apabila pelaburan komited melepasi sasaran RM10 bilion yang ditetapkan iaitu RM11.47 bilion.
“Pelaburan komited berjumlah RM11.47 bilion (70.85%) berbanding sasaran RM16.2 billion sehingga bulan Ogos 2026. Daripada jumlah ini, pelaburan direalisasikan yang direkodkan berjumlah RM1.044 bilion
“Daripada segi hasil pula, sehingga semalam, negeri telah mencapai kutipan sebanyak RM921.72 juta iaitu 72.03 peratus daripada sasaran tahun ini iaitu sebanyak RM1.279 bilion.
“Prestasi ini menunjukkan kedudukan kewangan negeri yang terus kukuh dan berada pada landasan yang baik untuk mencapai sasaran hasil pada tahun 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, YB. Dato’ Mohd Sharin Haji Md Zain pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini. -PAHANGMEDIA

