Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Shahrizar Azdhar
KUANTAN, 26 JUN 2026 : “Biasa kahwin apa pun tak ada, tiba-tiba dapat ampau, bersyukur,” itu kongsi pasangan pengantin baharu Puan Tham Yi Wen dan Encik How Hoong Jian berkenaan insentif perkahwinan kali pertama daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin di negeri ini.
Pasangan pengantin baharu yang merupakan anak jati Kuantan ini juga turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di atas pemberian insentif ini yang disifatkan sebagai hadiah perkahwinan kepada mereka.

“Rasa happy. Kebetulan kahwin dan dapat (insentif perkahwinan kali pertama). Macam hadiah kahwin. Duit itu tengoklah, simpan dulu. Thank you kepada Kerajaan Negeri,” kongsi pasangan yang masing-masing berusia 28 tahun ini.
Sementara itu, pasangan Puan S. Khaviitra, 32, dan Encik R. Sathish, 32, turut melahirkan rasa gembira dengan inisiatif kewangan yang merupakan hadiah tidak disangka ini.
“Yes, of course I am happy. It’s unexpected, kita orang pun tak tahu (adanya insentif ini).

“So, maybe saya akan bagi makanan untuk rumah anak yatim or something like that kerana i used to do it. So, mungkin kita akan gunakan wang tersebut for some kind of this benefit,” kongsi pasangan auditor dan juruteknik berkenaan.
Seramai sepuluh pasangan diraikan dalam Majlis Perkahwinan Beramai-ramai Sempena 26 Jun 2026 di Lobi Kompleks Dalam Negeri (KDN) Negeri Pahang di Indera Mahkota hari ini.
Insentif RM300 oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baharu yang berkahwin kali pertama ini dapat dicapai di pautan erakyat@pahang.gov.my di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang). -PAHANGMEDIA

