Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
LIPIS, 25 APRIL 2026 : “Okay sangat, seronok sangat kita semua dapat bantuan dari Kerajaan Negeri,” kongsi Pengerusi JPKK Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Tementong, Encik Dollah Lazam.
Menurut Encik Dollah, bantuan Bakti Negeri (BN) kepada penduduk kampung amat disambut baik memandangkan keadaan ekonomi yang meruncing pada masa kini.

“Perasaan alhamdulillah seronok, suka, dan juga terima kasih kepada Tok Wan kerana memberi sumbangan. Orang di kampung dia cakap terima kasihlah, terima kasih kepda Tuhan juga.
“Ia (bantuan BN) memang banyak tolong, memang baik, bantuan ni ada lah kita orang dapat juga macam dia orang kata. Kita macam okay sangat, seronok sangat, kita semua dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri,” katanya.
Tambahnya lagi, pengagihan bantuan BN kepada penerima di kampungnya akan dilakukan berdasarkan senarai melibatkan warga emas.
“Bila sampai di kampung, kita agih-agihkan, kumpul semua. Lepas itu bagi nama. Yang Tementing punya, dia bagi sikit sebab kita dah dapat daripada Dato’ Sri Abdul Rahman. Jadi dia bagi sumbangan untuk bagi orang yang tak boleh nak kerja, tak orang lebih umur lah kan macam umur 70, 80, orang tua, ada 7 orang,” katanya.
Sementara itu, bagi Pengerusi JPKK Tanjung Lipis, Encik Asmawi Amil, bantuan BN Pahang ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat yang terjejas.

“Dia banyak membantu kepada masyarakat setempat terutama sekali yang dalam keadaan, orang kata, ekonomi kita sekarang ni. Jadi, serba sedikit boleh membantu. Walaupun tak dapat orang kata membantu sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dapat membantu golongan B40.
“Alhamdulillah bagi mereka kerana ia salah satu usaha kerajaan untuk membantu masyarakat yang terjejas. Sebab kadang-kadang kita nampak bukan semua yang hidupnya senang kan? Mungkin ada yang orang kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Jadi, apabila MB ni membantu, nampak usaha kerajaan untuk membantu masyarakat. Itu yang sebenarnya. Sebab bagi kita pemimpin ni ialah untuk membantu masyarakat setempat supaya tidak hidup dalam kesusahan,” katanya.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan bakul makanan dan katil hospital DUN Cheka di Perpustakaan Awam Daerah Lipis kepada 25 pengerusj JPKK pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bakti Negeri (BN) hari ini.
Turut hadir, YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Abdul Rahman Hj Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapha Haji Long; dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim. -PAHANGMEDIA

