Oleh : Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 23 APRIL 2026 : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta.
Syarikat yag dinamakan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.
JAIP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat status halal sesuatu produk atau premis diperoleh daripada sumber yang sahih.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.
JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -PAHANGMEDIA

