Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
JERANTUT, 03 MAC 2026 : “Bantuan ini boleh meringankan sedikit beban untuk saya dan keluarga saya,” kongsi Ahmad Nurhilmi Mohamad Mansor yang merupakan imam di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut.
Ahmad Nurhilmi, 27, melahirkan rasa syukur kerana bantuan yang diterimanya dapat meringankan beban menjelang musim perayaan.

“Alhamdulillah Kerajaan Negeri ini telah beri bantuan pada setiap tahun untuk Bantuan Khas Aidilfitri. Apabila bantuan ini boleh meringankan sedikit beban untuk saya dan keluarga saya. Saya menghargai bantuan ini dan semoga bantuan ini boleh diteruskan lagi pada tahun hadapan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan juga Kerajaan Negeri Pahang diatas bantuan yang diberikan kepada saya dan imam-imam yang lain. Semoga Kerajaan Negeri Pahang dimurahkan rezeki dan diberkati lagi oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Puan Noor Zalilah Mohd Razali, 62, menyifatkan bantuan ini sebagai satu keprihatinan yang memberi manfaat kepada tenaga pengajar agama.

“Memang seronok apabila dapat bantuan ini dan banyak manfaat yang kita boleh gunakan dengan duit ini. Bantuan ini pada saya, dia banyak mengurangkan beban pada kami yang mengajar bahagian agama.
“Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana mengambil perhatian kepada kami,” katanya.
Seramai 739 penerima kluster agama menerima Bantuan Khas Aidilfitri (BKA) yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. -PAHANGMEDIA

