Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KAJANG, 12 FEBRUARI 2026 : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM55.5 juta bagi Program Penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia kepada Negeri Pahang bagi tahun ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim, ia melibatkan 122 kerja berkala pavemen dan kerja berkala bukan pavemen.
“Tawaran kerja bagi perasanan kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan di Negeri Pahang bagi Program Mempercepat Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1 hingga G4.

“Program ini dilaksanakan bertujuan melantik kontraktor melalui mekanisme cabutan undi bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen dan berkala bukan pavemen di negeri-negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang berada di bawah tanggungjawab syarikat konsesi Roadcare bagi Zon Tengah dan Timur.
“Sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan untuk Negeri Pahang sebanyak RM55.5 juta.

“Daripada jumlah RM55.5 juta itu, RM22.9 juta adalah kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen manakala RM32.6 juta bagi kerja bukan pavemen,” katanya.
Menurut beliau daerah Pekan dan Rompin merupakan daerah yang merekodkan jumlah peruntukan penyelenggaraan tertinggi bagi tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Cabutan Undi Tawaran Kerja bagi Pelaksanaan Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Zon Tengah dan Timur Di Bawah Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1 – G4 Bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Tahun 2026 di Park Inn By Radisson Putrajaya, De Centrum City. -PAHANGMEDIA

