Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
TEMERLOH, 06 FEBRUARI 2026 : “Terima kasih kepada Menteri Besar kerana beri insentif, boleh guna untuk raya,” kongsi penerima Insentif Makmur, Encik Pang Yun Seng.
Encik Pang Yun Seng, 60, yang merupakan Pengerusi Kampung Sungai Jerik , Maran turut melahirkan rasa gembira di atas pemberian inisitif ini.

“Terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang bagi kita insentif kepada pengerusi dan setiausaha hari ini. Boleh kita guna untuk hari raya (Tahun Baharu Cina) tak lama lagi. Happy lah,” katanya.
Sementara itu menurut Puan Ng Yoke Ho, dari Kampung Baru Seri Temerloh, Temerloh, insentif yang diterima ini akan dibelanjakan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kerana pertama kali saya dapat insentif ini. Rasa terharu dan happy lah. Terima kasih banyak-banyak.
“Saya plan nak guna buat sumbangan untuk AJK, belanja makan, dan nak buat something untuk rumah kebajikan orang tua,” katanya.
Encik Soh Chin Kok, 39, dari Kampung Baru Suria Mentakab, Temerloh turut melahirkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang di atas sumbagan kepada Pengurusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Kampung Baru) (JKKKB).

“Terima kasih Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail sebab bagi sumbangan ini. Saya plan nak kongsi bersama ahli kita di kampung,” katanya.
Kerajaan Negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Puan Leong Yu Man telah menyerahkan RM11,200 pada Majlis Penyerahan Inisiatif Makmur Kepada Pengurusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Kampung Baru) (JKKKB) daerah Temerloh, Bera dan Maran di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) semalam. -PAHANGMEDIA

