Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Shahrizar Azdhar
KUANTAN, 24 OKTOBER 2025 : YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar hari ini merasmikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Menurut YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan langkah memperkukuh budaya kerja cemerlang, sistematik dan produktif dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

“Penyertaan dalam program seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA, kelab sukan dan kebaikan jabatan boleh menjadi medium untuk memperkukuh ukhwah, semangat berpasukan dan kesejahteraan mental warga kerja serta memupuk budaya keseronokan.

“Saya yakin pegawai yang dapat seimbangkan antara tugas dan aktiviti sosial akan menjadi lebih berdaya tahan, kreatif dan produktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang di Dewan Blok C, Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambahnya, EKSA diperkenalkan semula sebagai peluasan daripada Amalan 5S bagi memperkukuh pelaksanaan budaya kerja cemerlang dan persekitaran kerja yang kondusif dalam sektor awam. – PAHANGMEDIA

