Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Aimi Syafiqa Khairi
BENTONG, 21 OGOS 2025 : “NADI ni macam one stop center, dia ajar, dia tolong pasarkan juga,” ujar pengusaha produk Moqdedoh, Puan Rozaidah Sudin yang menggunakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pemasaran produknya.
Menurut Puan Rozaidah, 68, pusat NADI ini juga sangat membantu bukan sahaja dirinya tetapi juga orang kampung yang memerlukan pelbagai pendedahan berkenaan program keusahawanan.

“Maksudnya, dari segi khusus biasanya dia akan panggil, maksudnya melibatkan perlabelan. Macam mana kita nak buat bagi label cantik untuk senang orang tengok produk ini, macam ini, Moqdedoh punya produk.
“Selepas itu, pemasaran. Macam mana kita nak membuat pemasaran produk ini. Dari segi promosi pun ada. Sebagai contoh, kalau NADI dia biasa ada event yang kecil, dia akan panggil Mokde untuk jual dia punya produk.
“NADI ni macam one stop center. Bila mereka ada event, mereka akan tanya ada tak usahawan nak letak barang untuk jual,” katanya.

Sementara itu, menurut Puan Norfaizah Hamzah, 40, NADI sangat membantu perniagaannya dengan menyediakan banyak dan pelbagai jenis kursus.
“Saya sertai program dengan NADI untuk program online marketing. Selain itu, mereka ada juga organise kursus kemahiran seperti NADI Mahir. Jadi, saya sertai kursus dia untuk program memasak, buat online.
“Jadi, daripada program ini saya dapat tambah menu untuk business saya. Sekarang business saya kek dan roti. Sejak saya sertai program masak itu, saya dapat tambah menu untuk produk makanan bermasak. Saya juga ada join program untuk vending machine, disitulah saya tambah produk untuk vending machine saya di Klinik Kesihatan Karak,” katanya. -PAHANGMEDIA

